Assalamualaikum.salam 6 rejab 1438 bulan kebesaran Allah.Dengan rasa rendah dirinya..ingin ku ceritakan pengalaman pertamaku sebagai pembuka kata bermulanya kisahku sebagai blogger suam2 kuku..
Alkisah ini kisahku..hari ini 3 april 2017 (isnin) , alhamdulillah dengan izin Allah aku telah berjaya masakkan kepada anak2 tersayang ketupat palas.Ceritera bagaimana timbulnya keinginan ku untuk membuat ketupat bila abangku telah belikan pulut dari Danok special untuk masak ketupat yang sedap dan gebus..
Pada mulanya, seperti biasalah ibu moden nie nk mencari ibu2 yang sudi masakkan ketupat untuk ditempah..Tapi dek kerana terkesan dengan kata2 pak ngah yakni suami kepada pengasuh anakku Rayyan yang seolah mencabarku untuk membuat sendiri.Alhamdulillah, kesungguhan pak ngah mencari daun palas, menjemur dan membuka daun palas untukku hinggakan timbul perasaan hiba jauh di sudut hati betapa sucinya hati hamba Allah ini mengambil peranan seorang ayah yang mahukan anaknya belajar sehinga pandai.
Bersama dengan kata2 semangat daripada pak ngah dan mak ngah membuat ku lebih kuat dan bersemangat untuk siapkan ketupat pulut.Tak lupa juga kak nah@cg asnah smk ayer hitam yang walaupun seorang yang agak kuat berleter namun gelagatnya sering ku rindui..Kak nah telah berikan ku resepi bagaimana untuk mendapatkan ketupat kukus yang empuk dan lemak.
Inilah resepinya yang simple
3 cawan pulut
2 1/2 cawan santan (kalau nk rebus perlu kurangkan santan kepada 2 sawan)
daun pandan
garam
gula
caranya
1) basuh pulut dan toskan airnya
2) masukkan santan, garam dan gula secukup rasa
3)masak pulut sehingga kering.pastikan pulut sentiasa dikacau supaya tidak meleket pada dasar periuk
4)setelah kering, tutup api dan biarkan sejuk untuk dibalut dengan daun palas.
Ulasan
Catat Ulasan